Wajah jeneral pengganas yang telah ditangkap

Berikut adalah dua keping gambar yang memperlihatkan wajah Jeneral Perang Dan Menteri Pertahanan Sulu yang dikenali sebagai Datuk Amir Baha@Datuk Bahang.

Jeneral itu ditahan di satu kawasan paya bersama isterinya pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Turut ditahan ketika itu ialah seorang talibarut (warga tempatan) yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Talibarut berkenaan dipercayai anak kepada bekas Ketua Kampung Tanduo.

Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, kejayaan itu menandakan pergerakan pengganas di kawasaN Lahad Datu sebagai lumpuh.

“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini pagi tadi.


TAG