Eksklusif PRU 13: Lagi golongan ulama' menyatakan sokongan kepada BN...




Gambar hiasan





Setiap kali menjelang PRU pasti ada rombongan penyokong parti pakatan yang kecewa dan menyatakan sokongan kepada BN. Lebih-lebih lagi dalam menjelang PRU 13 ini bukan sahaja orang awam biasa yang berbuat demikian malah beberapa pemimpin utama pakatan yang bertindak demikian.



Beberapa faktor yang menjadi penyebab utama akan tindakan keluar parti pakatan berlaku, antaranya ialah:



1- PKR- Sudah hilang kepercayaan akan perjuangan parti dan moral pemimpin utama parti PKR yang boleh dipertikaikan rentetan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh mereka yang rapat dengan pemimpin berkenaan.



2- PAS - Perjuangan PAS yang jauh menyimpang daripada matlamat perjuangan asal. Banyak kenyataan pemimpin parti dipercayai boleh mengancam kedudukan Islam dan mengancam akidah umat Islam.



3- DAP - Pemimpin parti banyak mengamalkan kronisme dan terlalu rasis. Tiada ketelusan dalam pemipihan CEC. Pemimpim banyak beretorik daripada berkhidmat kepada ahli dan rakyat keseluruhannya.



Yang terbaru sebagaimana laporan ini:



15 April - Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.



Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar Pas di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.



Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana Pas kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.



Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, dekat sini, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.









TAG