Eksklusif PRU 13: Pakatan terus bergolak dan bercelaru...




Pembangkang bercelaru





Penamaan calon PRU 13 tinggal tidak beberapa hari sahaja lagi. Namun apa yang dilihat kem pembangkang dilihat masih belum memuktamadkan calon di beberapa kerusi panas. Penangguhan pengumuman calon oleh PAS Terengganu juga telah menimbulkan persoalan, adakah PAS dan PKR Terengganu masih berebut kerusi?







P.009 ALOR SETAR



Pengerusi DAP, Karpal Singh bimbang pakatan akan menerima padah jika gagal mengelak daripada bertanding sesama sendiri dalam PRU 13. Bagi Parlimen Alor Setar, Karpal meminta kedua-dua pihak bertolak ansur menyelesaikan perbalahan yang timbul walaupun sebelum ini kerusi itu ditandingi PKR.



Perebutan kerusi Alor Setar antara PKR dan DAP tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih apabila kedua-dua pihak saling memberi amaran dan mempertahankan parti masing-masing.



N.21 SUNGAI ACHEH



Terbaru, Pas muktamad akan bertanding di Sungai Acheh dan menutup perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat.



PAS menamakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yusni Md. Piah sebagai calon manakala PKR mengumumkan Badrul Hisham Shahrin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard bertanding di situ.



Sungai Acheh adalahs atu daripada tiga kerusi dun di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR pada PRU 2008.



N.14 CHANGKAT JERING



Pergolakan antara PKR dan PAS bagi menentukan parti mana yang bertanding di DUN changkat Jering terpaksa diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk diselesaikan.



SU Pakatan Perak, Dr. Khairuddin Abdul Malik berkata penentuan parti mana yang akan ebrtanding di Changkat Jering telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Pakatan untuk dimuktamadkan.



Kemelut perebutan kerusi Dun Changkat Jering tercetus apabila Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjayanya DS Nizar bertanding bagi kerusi itu dan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang yang dimenangi pada PRU 12.



P.192 MAS GADING



DAP akan tetap meletakkan calonnya di kawasan Parlimen Mas Gading meskipun dibantah keras oleh Naib Presiden PKR Pusat, Datuk John Tenewi.



SU DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata, kenyataan Tenewi tidak menggambarkan pandangan sebenar pemimpin akar umbi PKR di Mas Gading.



"Saya telah menghubungi pemimpin akar umbi PKR Mas Gading dan jelas mereka tidak sependapat dengan Tenewi."



P.145 BAKRI



Ketiadaan pengumuman calon di Parlimen Bakri sama ada daripada PKR mahupun DAP yang dibuat malam  kelmarin menguatkan andaian bahawa perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu bakal menbawa episod baru yang lebih teruk.



Ketiadaan pengumumuman calo itu menguatkan spekulasi bahawa pergolakan DAP dan PKR Johor semakin serius kerana sebelum ini ada ura-ura Pengerusi PKR Negeri Dr. Chua Jui Meng akan bertanding di Bakri tetapi ditentang DAP.



Keputusan DAP meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang bertanding di Gelang patah sebenarnya adalah untuk membunuh karier Ketua PKR Negeri itu.



Secara tidak langsung, strategi itu bertujuan untuk memecahkan pengaruh PKR pada PRU 13.



N.11 IJOK 



MB Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim yang disebut-sebut mahu berpindah ke kerusi DUN Pelabuhan Klang membayangkan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Dr. Idris Ahmad akan menggantikan tempatnya sebagai calon di Ijok dalam PRU 13.



khalid memperkenalkan Dr. Idris dalam satu majlis di sini dengan menyebut beliau adalah anak jati Ijok selain menjadi salah seorang pengasas PKR pada tahun 1998.



Khalid tidak mempertahankan kerusi Ijok selepas dikatakan berhadapan dengan krisis sokongan rakyat apabila gagal memberikan tumpuan kepada perkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.



P.090 BERA



Jentera PRU Pas Bera dan seluruh UPU di Parlimen Bera merangkumi DUN Kemayan, Guai mulai bersuara terhadap tindakan PKR meletakkan calonnya bertanding di Parlimen Bera berdasarkan pengumuman Anwar pada 9 April 2013 di Kuantan.



Terdahulu Pesuruhjaya Pas Pahang, datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telahmengumumkan bahawa Parlimen Bera akan ditandingi oleh Pas.



Parlimen bera adalah sebuah parlimen sasaran yang ditetapkan oleh Pas Pusat untuk dimenangi pada PRU nanti.



Kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi pas dan tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR dan DAP sejak tahun 2008.


TAG