Eksklusif PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (part 30)






gambar Hiasan; Rahsia dalam selimut pakatan kian terselak...



Pas hari ini mengakui berlaku pertelingkahan antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimana pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah biasa serta sering berlaku dalam mana-mana parti, dan ia akan diselesaikan di peringkat dalaman.



"Perkara seperti ini biasalah dalam satu parti pun mesti ada kerana semua mahu jadi calon dan masing-masing mempunyai semangat tinggi. Semua cuba hendak tunjuk 'ek' (lagak) masing-masing.

"Senarai calon ini sudah muktamad di peringkat Pusat tetapi yang betul-betul muktamad tunggu pada hari penamaan calon dan senarai nama calon yang akan diumumkan," katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman senarai calon Pas yang akan bertanding dalam PRU-13 di negeri ini, di Markas Pas Kota Samarahan hari ini.



Pada majlis itu, Hadi mengumumkan tujuh calon Pas yang akan bertanding di Sarawak termasuk di dua kerusi yang menjadi rebutan dengan PKR iaitu Julau dan Kota Samarahan.



Bagi kerusi Julau, Pas mempertaruhkan seorang calon bukan Islam, Ambrose Labang Jamba manakala Kota Samarahan diwakili oleh Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.



Pada 4 April lalu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah memperkenalkan bakal calon parti di dua kawasan tersebut iaitu Dr. Ramblam Rahmat di Kota Samarahan) dan Andy Wong Hong Yu di Julau.



Bagaimanapun Jumaat lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu calon di Julau, Kota Samarahan dan Sri Aman masih belum dapat diputuskan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.



Selain Julau dan Kota Samarahan, lima lagi kerusi yang akan ditandingi Pas ialah di Sibuti yang diwakili Robby @ Muhammad Zaid Tandang, Batang Sadong (Mohamad Jolhi), Igan (Ajiji Fauzan) dan dua calon wanita iaitu di Parlimen Tanjung Manis (Jurina Mut) dan Mukah (Nani Sahari).



TAG