Eksklusif PRu 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (part 15)




Parti Kencing Rakyat



Apa sudah jadi dengan kem pembangkang khususnya di Johor apabila tiga watak utama DAP Johor meletak jawatan. Rupa-rupanya kedatangan Lim Kit Siang di Johor tidak diundang oleh partinya sendiri iaitu DAP.



Lebih parah apabila Pengerusi PKR Johor, Dr. Chua Jui meng dikatakan merajuk kerana Kit Siang telah merampas kerusi Gelang patah dan tidak membenarkan dua kerusi DAP diserahkan kepada pkr.



Nyatanya kem pembangkang masih lagi berebut kerusi untuk bertanding bukan sahaja antara PKR dan DAP malah juga melibatkan Pas. Sesungguhnya kewujudan pakatan hanyalah retorik untuk menipu rakyat. pakatan mereka hanyalah untuk mendapat kuasa. Lihat sahaja PRU sudah semakin hampir di mana kem BN sudah bersiap sedia mengumumkan calon, kem pakatan masih bergolak.






Perumpamaan dalam pakatan





Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.



Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.



Norman ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas spekulasi itu.



''Tiada komen," katanya sebelum memutuskan talian.



Usaha untuk mendapatkan komen daripada Cheng Hau juga gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar juga tidak dibalas.



Perkembangan terbaru itu mengesahkan tentang perbalahan antara DAP dan PKR yang dilihat semakin meruncing berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah yang akhirnya menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.



Kedua-dua parti itu juga dikatakan bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.



Semalam, Kit Siang menegaskan Parlimen Bakri dan Kulai kekal milik DAP selepas ada ura-ura mengatakan Jui Meng cuba bertanding di Bakri apabila hasratnya untuk menjadi calon di Gelang Patah tidak kesampaian.



TAG