Eksklusif PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (Part 20)




Pas sanggup buat apa sahaja demi undi kaum DAP





Sesungguhnya Pas memang telah berjaya mentarbiah Dap sehingga Pas terpaksa menggugurkan penubuhan negara Islam. Pas berjaya mendidik Dap sehingga Pas berjaya memulangkan kembali arak yang telah dirampas. Pas telah berjaya mengislamkan Dap sehingga begitu ramai penceramah Dap masuk beri ceramah dalam masjid.



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan golongan ulama dan tahfiz yang membuat deklarasi mengundi Pas adalah haram mendabik dada kononnya Pas berjaya mendidik DAP menerima Islam.



Beliau mendakwa, perjuangan Pas yang selama ini berkeras mahu menegakkan undang-undang Islam berjaya selepas DAP menyatakan hasrat mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya parti tersebut diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).



Walau bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tidak mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang hudud dan kenyataan berterusan pemimpin DAP menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak kalimah Allah digunakan bukan Islam dalam Bible.



Dalam masa sama, beliau tetap bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi masih bernafas.



Malah, beliau turut menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad 'seorang tua yang nyanyuk' kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara.



Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap berkenaan politik.



"Selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya Menteri Besar itu masalah kedua, tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.



Dr. Mahathir ketika berucap di Johor baru-baru ini menasihatkan rakyat menamatkan karier politik tiga pemimpin pembangkang yang telah lama berkecimpung dalam politik iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Nik Abdul Aziz.



Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun manakala jawatan Mursyidul Am Pas dipegangnya sejak 1987.



Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan banyak pihak meminta beliau berundur dari arena politik namun pemimpin itu tidak pernah mempedulikan setiap kritikan tersebut.



Sedangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika Dr. Mahathir turut melakukannya.




TAG