Guan Eng pengecut?



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menarik balik keputusan untuk bertanding dengan Ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.





Lim berkata beliau sudah maklum "permainan politik" yang dimainkan oleh Teng dan tidak akan melayan syarat-syarat yang ditentukannya.



"Saya telah diperangkap oleh beliau (Teng) selepas menerima syarat tidak masuk akal beliau untuk tidak bertanding kerusi Parlimen dan hanya bertanding untuk kerusi DUN," kata Lim, dalam sidang akhbar di Komtar di sini, Selasa.



Pada Isnin, Teng mengekalkan keputusan bertanding menentang Lim dalam pilihan raya umum akan datang dengan berkata beliau (Teng) akan memutuskan kerusi mana untuk bertanding.



Teng berkata sebaik sahaja Lim menerima syarat, beliau (Teng) akan menamakan kerusi.



Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum ini berkata beliau hanya akan bersemuka dengan Teng untuk kerusi negeri, Padang Kota.



Beliau berkata, jika Teng bersetuju, beliau (Lim) tidak akan bertanding kerusi Parlimen.



Sehubungan itu Teng dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan Lim dalam pilihan raya dengan syarat pemimpin BN itu diberi pilihan untuk bertanding di kerusi negeri mana.



Sebelum ini Teng adalah ADUN selama tiga penggal sebelum kehilangan kerusi pada tahun 2008. Kerusi itu kini dipegang oleh Chow Kon Yeow dari DAP.- mstar Online

TAG