Hassan Tantawi sokong penghinaan kepada Nabi?






KUANTAN 2 April - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi mempertahankan Penolong Setiausaha 1 sayap parti itu, Khairul Fahmi Mat Som berkaitan kenyataan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac lalu.





Nasarudin dalam ceramahnya pada Program Pentas Anak Muda anjuran pakatan pembangkang di Sungai Isap Jaya di sini malam tadi berkata, kenyataan Khairul Fahmi itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sering menabur fitnah.





"Utusan (Utusan Malaysia) spin (pusing) tulisan dia dan katanya Khairul Fahmi hina Rasulullah sehingga kecoh hari ini (semalam).





"Khairul Fahmi bukan hina Rasulullah, dia hina UMNO dan BN. Kerana dakwanya UMNO dan BN ini tahap melakukan fitnah tak kenal orang dah," katanya. - UTUSAN ONLINE



PS: Kalau nak hina UMNO/BN takkanlah sampai sanggup guna Rasulullah sebagai perumpamaan. kalau ya pun agak-agakla. Nabi Muhammad tu semulia-mulia manusia yang Allah ciptakan. Tak akan sama dengan sesiapapun seperti yang Pok Nik katakan.




Kalau hang sayangkan nabi sudah pasti hang tak akan sanggup berkata mahupun buat perumpamaan sedemikian. Orang-orang UMNO bukan bodoh nak hina nabi sendiri lainlah kalau puak-puak PAS masih berpegang dengan amanat Haji Hadi yang kata UMNO kafir sebab bekerjasama dengan kafir.



Aku tengok sekarang Pas yang lebih hebat kalau bab berkawan dengan orang kafir sampai sanggup ikut apa jua arahan sahabat kafirnya itu.



Kalau hang hebat dalam Islam sudah pasti hang tidak akan sekali-kali buat perumpamaan sedemikian. Renung dan fikir-fikirkanlah.
TAG