Menjelang PRU 13 kem pembangkang terus berebut kerusi.



Tatkala parlimen sudah dibubarkan, kem pakatan masih lagi ada bunyi-bunyi suara sumbang yang tidak berpuas hati perihal agihan kerusi antara parti dalam pakatan haram.



Kecoh di Johor perihal perebutan kerusi antara DAP dan PKR. Masing-masing

menuding jari menyalahkan orang lain di mana PAS hanya mampu tengok, tunggu dan lihat tanpa mampu bersuara atau mencelah.



Perihal perebutan kerusi antara parti-parti dalam pakatan bukan hanya setakat di Johor malah boleh dikatakan di seluruh Malaysia.



Ini menggambarkan kepada rakyat bahawa pakatan bukanlah satu parti yang boleh diberi kuasa untuk mentadbir kerana apabila diberi ruang dan peluang mereka akan menggunakan kuasa yang ada untuk menunjukkan taring sebenar mereka bukannya untuk membela nasib rakyat.



Penggal parlimen ke 12 telah memberikan bukti yang amat nyata apabila semua kerajaan yang ditadbir oleh kerajaan pakatan tidak dapat memberi khidmat kepada rakyat tetapi hanya mampu memberi kesenangan kepada kroni dan keluarga terdekat sahaja.



Habis tanah dan harta rakyat diperguna dan diperjudikan demi untuk wang yang tidak seberapa.



Oleh itu dalam PRU 13 nanti rakyat dimohon untuk memberikan pilihan yang tepat agar memilih kerajaan yang telah terbukti dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya. Tidak lain dan tidak bukan iaitu dengan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan bukan sahaja di peringkat parlimen tetapi juga di semua negeri.



Insya Allah kerajaan Barisan Nasional akan terus membela nasib rakyat kerana kerajaan BN di percayai dan diyakini sebagai sebuah kerajaan yang menepati janji.



UNDILAH BN. BN Dihatiku...
TAG