2 bekas wakil rakyat Kuala Besut menjadi mentor calon BN



Bagi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut,Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, tiada kenangan paling bermakna selain mendapat sokongan moral tidak berbelah bahagi daripada dua bekas wakil rakyat kawasan itu.



Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut itu ialah Dato Wan Zakaria Abdul Rahman dan Abdullah Che Muda.



Di kalangan komuniti setempat, Wan Zakaria lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Ya’ dan Abdullah sebagai ‘che Lah’.



Menurut Tengku Zaihan, beliau sangat terharu dengan komitmen kedua-dua bekas wakil rakyat itu yang sudi tampil membantunya menghadapi calon lawan dalam PRK kawasan Kuala Besut pada 24 Julai nanti.



“Saya rasa sangat gembira dan amat menghargai sokongan moral mereka berdua yang merupakan bekas ADUN Kuala Besut. Klik Sini
TAG