Ahli Keluarga Tengku Zaihan Berkumpul Dan Berikrar Sokong BN




Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut, sekitar 3,000 orang.





Malah mereka mempunyai persatuan keluarga yang dikenali sebagai “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long”.





Faktor keluarga menjadi penyebab kepada kekuatan Tengku Zaihan dan ia ternyata benar apabila usaha menghimpunkan ahli keluarganya menjadi sambutan.





Baru-baru ini satu perhimpunan keluarganya telah diadakan di sebuah rumah salah seorang keluarga Tengku Zaihan yang dihadiri oleh sekumpulan ahli keluarga mereka di kampung Nail, kampung kelahiran ‘Abe Ku’ calon BN bagi PRK Kuala Besut.





Dalam perjumpaan itu, semua sanak keluarga berikrar memberi sokongan dan akan bekerja keras untuk kemenangan calon BN, Tengku Zaihan.





Bahkan, mereka telah membentuk suatu urusetia khas untuk memantau dan memastikan semua ahli keluarga mereka yang ramai itu keluarga mengundi, termasuk pengundi luar dari keluarga mereka akan diusahakan agar balik mengundi calon BN, Tengku Zaihan. Klik Sini

TAG