Calon Pas Angkuh... Takbur...???




Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan.





Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding kontraktor-kontraktor lain.





Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan rendah.





Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien. Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.





Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.





Selain itu dakwaaannya  menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana institusi. Klik Sini











TAG