Guru mati ditembak dengan kejam




Seorang lelaki berbangsa India telah ditemui mati ditembak dalam satu kejadian tembak dan lari berhampiran Simpang Empat Keladi di Kulim, Kedah. Mangsa menaiki kereta Toyota Wish berwarna perak. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengahari tadi.





Mangsa yang dikenali sebagai Shanmugan a/l Krishnasamy (55) seorang guru di Sekolah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sembilan kelongsong peluru 0.9mm ditemui berhampiran kereta mangsa. 





Menurut saksi kejadian yang namanya dirahsiakan berkata beliau menyedari kejadian apabila keretanya jenis viva dilanggar oleh kereta mangsa dari belakang.





Mengikut siasatan awal mangsa tiada kes lampau kecuali pernah ditangkap kes samun pada Jun 2013 di daerah kulim. Mangsa juga dikatakan seorang ahli geng 36 dan terlibat dengan pengedaran dadah.





Suspek pula melibatkan dua orang lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya menaiki sebuah motosikal Yamaha LC berwarna hitam. Kes masih dalam siasatan polis.

TAG