Kaedah pelik rawat penyakit darah tinggi...



Walaupun semakin ramai penduduk di India didedahkan dengan pemodenan dalam bidang perubatan, namun masih lagi terdapat segelintir pihak yang masih mengamalkan kaedah perubatan tradisional dalam merawat penyakit yang dihidapi oleh mereka.



Sebagai contoh, terdapat sebuah klinik terbuka atau ‘open air’ yang terletak di luar masjid terbesar di New Delhi sentiasa mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk di situ hampir setiap hari.



Menurut pemiliknya, Hakim Ghyas teknik perubatan yang dipelajarinya itu dikatakan dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk dapat mengubati penyakit kanser sekiranya dikesan pada peringkat awal.



Yang menariknya cara perubatannya ialah pesakit akan dibiarkan berdarah dalam keadaan panas selama 30 minit, kaki serta tangan mereka diikat serta darah dibiarkan mengalir sehingga ianya berhenti secara sendiri.



Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan, kaedah ini sebenarnya sangat berkesan lebih-lebih lagi buat pesakit yang menghidap darah tinggi serta kolestrol tinggi.



sumber
TAG