Kalendan tersepit kemalangan dengan bas




Seorang kelindan lori terpaksa menanggung derita hampir setengah jam sebelum berjaya diselamatkan setelah tersepit di tempat duduk hadapan kenderaannya, apabila lori sayur dipandu rakannya bertembung dengan sebuah bas ekspres.


Kejadian berlaku menjelang waktu sahur, dekat sini, awal pagi semalam.


Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila sebuah lori sayur dipandu Zaidi Awang Hama, 39, dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.


Pada masa sama, sebuah bas ekspres dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dikatakan cuba mengelak lori yang masuk di laluannya itu menyebabkan bas ekspres membawa 43 penumpang itu masuk semula ke laluan lori.


Bagaimanapun, lori berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghantar sayur dari Kelantan menuju ke Kuantan dipercayai masuk semula sebelum bertembung dengan bas terbabit dan kemudiannya terhumban ke bawah tebing di sebelah kanan jalan. Klik Sini

TAG