Kanak-kanak mati terperangkap dalam kereta




SUBANG – Seorang kanak-kanak dipercayai mati lemas apabila terperangkap di dalam kereta ibunya. Mangsa Nawal Iris binti Shamsudin, 3 tahun dilaporkan terperangkap hampir enam jam di dalam kereta ibunya.





Mangsa ditemui mati di dalam kereta ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ4. Menurut ibu mangsa, Nor Zatusy Hazwa binti Abdul Rahim, 32 tahun, beliau menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan pada jam 11 pagi selepas menghantar adik perempuannya ke Lapangan Terbang Sultan abdul Aziz Shah di Subang.





Ketika sampai di sekolah mangsa sedang tidur di kerusi di bahagian belakang kereta. Ibu mangsa terus menghadiri mesyuarat tersebut tanpa menyedari yang anaknya berada di dalam kereta sehinggalah jam 5.30 petang sewaktu ibu mangsa kembali ke kereta barulah beliau menyedari yang anaknya berada di dalam kereta. Klik Sini

TAG