Ke mana menghilangnya pimpinan Pas tempatan di Besut...




Sebentar tadi rakyat ada menerima laporan berkenaan gerak kerja jentera Pas sepanjang PRK Kuala Besut.





Apa yang rakyat ingin kongsikan ialah berkenaan jentera utama Pas dalam menghadapi PRK kali ini ialah orang luar. Manakala Orang Pas Besut hanyalah diberi tugas-tigas kecil sahaja. Penasihat PRK Kuala Besut ialah Wahid Endut manakala Pengarahnya ialah Satiful Bahri Mamat. Adun Paka.





Adakah Pas Perhubungan sudah tidak percaya dengan kredibiliti pimpinan Pas Besut? Adakah Pas Terengganu mahupun Pas Pusat tidak yakin dengan kemampuan orang Pas Besut dalam menghadapi PRK kali ini.





Mengikut laporan berkenaan Pas Kuala terengganu sahaja akan menghantar minima 150 orang jentera mereka untuk bertugas sepanjang tempoh kempen dan akan dibahagikan kepada dua kumpulan.





Jentera Pas ini dijangka akan menginap di masjid/surau yang dikuasai oleh Pas. Walaubagaimanapun maklumat tersebut memaklumkan peluang Pas untuk menang PRK kali ini adalah sifar, gelap dan hampir tiada peluang langsung untuk menang.





Pas Kuala Terengganu akan diketuai oleh Adun Ladang YB. Tengku Hassan Tengku Omar.





Menjelang penamaan calon 12 Julai ini mengikut maklumat berkenaan Pas masih lagi belum mempunyai calon yang sesuai kerana tiada calon dianggap mampu untuk mengurangkan majoriti kemenangan BN.





PS:- Berdasarkan maklumat yang diperolehi itu, walaupun Pas yakin mereka akan kalah namun mereka masih ingin bertanding, tidakkah itu dinamakan satu tindakan gila. Kalau dah tahu akan kalah tak payahlah nak buang masa, bazir duit untuk turun berkempen.

TAG