Kepala bayi terbelah kene kipas helikopter

Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan mau...




Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, malam tadi. 





Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. 





Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis ‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. 





Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton. 





Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.





Saksi kejadian Abdul Latif Salim, 58, berkata bayi itu sedang nyenyak tidur di bahu bapanya sebelum helikopter itu menjunam dan bilah kipasnya membelah kepala bayi berkenaan selain turut mencederakan kepala bapanya. 





“Saya amat terkejut kerana darah terpercik ke bahu saya sejurus sebelum bapa bayi itu rebah ke padang bersama anaknya. 





“Keadaan anaknya begitu parah dengan kulit kepala tercabut hingga nampak tengkorak," katanya. 





Menurutnya, bapa bayi berkenaan berlari sambil memangku anaknya menuju van Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mereka dihantar ke hospital. 





Berikutan kejadian, Mohamad turut berkunjung ke Hospital Tuanku Jaafar kira-kira 11 malam tadi, bagi menemui bapa mangsa yang bekerja di bahagian akaun di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kini sedang dirawat dan menerima jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya. 





Padang bola sepak menggunakan rumput tiruan yang akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) itu mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac lalu.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Kepala bayi terbelah kene kipas helikopter
Kepala bayi terbelah kene kipas helikopter
http://1.bp.blogspot.com/-rCYTBNa8QWg/UekZZC08MYI/AAAAAAAAEEc/egks1-Nbrr8/s320/bilah-helikopter-mainan.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-rCYTBNa8QWg/UekZZC08MYI/AAAAAAAAEEc/egks1-Nbrr8/s72-c/bilah-helikopter-mainan.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2013/07/kepala-bayi-terbelah-kene-kipas.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2013/07/kepala-bayi-terbelah-kene-kipas.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy