Nora Danish kantoi tidak puasa




Pelakon Nora Danish mendedahkan dia sendiri pernah ponteng puasa dengan sengaja. Tetapi bukanlah masa sekarang ni. Itu cerita semasa Nora Danish masih kecil, masa baru-baru hendak belajar berpuasa. Perkara itu dijadikan pengajaran dan kata Nora bila dikenangkan kembali, ia menjadi nostalgia manis dalam hidupnya.





“Waktu kecil dulu, pernah juga ponteng puasa. Biasa lah tu kan… depan mak kita cakap kita puasa. Tapi bila mak tak nampak, kita curi-curi minum (gelak).”





Beralih tentang perkembangan kerjaya, Nora berkata sepanjang bulan puasa ini dia masih tetap menjalani rutin seperti biasa. Namun dia cuba mengurangkan jadual seni kerana mahu menumpukan perhatian pada ibadah sekaligus mendapatkan keberkatan bulan Ramadan.





Di samping itu kata Nora, dia mahu bersama-sama anak tunggal kesayangannya, Rayqal lebih mendekatkan diri dengan ibadah sembahyang terawih dan amalan seperti mengaji Al-Quran. Begitu pun Nora belum lagi mengalakkan puteranya itu berpuasa memandangkan Rayqal baru berusia empat tahun. Klik Sini

TAG