Pas Terengganu bengang Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut?




Perlantikan Husam Musa sebagai pengarah PRK Kuala Besut amat mengejutkan ramai penyokong Pas Terengganu setelah sebelum ini Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Adun PAKA diwar-warkan akan menjadi pengarah PRK Kuala Besut.





Perlantikan Husam sebagai pengarah oleh Dr. Hatta Ramli amat mengecewakan penyokong Pas Terengganu kerana Husam bagi mereka seorang pemimpin yang tidak berprinsip dan cuba untuk meneggelamkan ulamak-ulamak dalam Pas kerana Husam adalah dari “team Anwarinas” yang cuba menguasai kepimpinan Pas di peringkat pusat.





Husam dikatakan pernah merajuk kerana dipinggirkan setelah tidak dilantik sebagai menteri besar Kelantan mahupun exco dalam kabinet kerajaan Kelantan yang sekarang ini dikepalai oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob. Perkara berkenaan bukanlah satu contoh yang baik bagi penyokong Pas Terengganu.

TAG