PAS Terlalu Tamak – Ketua PKR Marang




YAHYA Zakaria, Ketua Chabang Marang yang juga bekas pengarah pilihanraya PKR Terengganu dalam PRU13 yang lalu telah membidas kepimpinan PAS negeri Terengganu yang langsung tidak memberi kerjasama sepanjang pilihanraya umum yang lalu dan juga tidak pernah menjemput kepimpinan PKR sepanjang kempen pilihanraya kecil N01 DUN Kuala Besut.


Beliau berkata demikian dalam temuramah selepas mengiringi sidang media oleh Mohd Shamsul Mat Amin yang merupakan bekas calon PKR dalam PRU 13 lalu bagi kerusi dun Bukit Besi.


Sidang media dibuat berkaitan tuduhan Tuan Guru Haji Hadi berkenaan calon-calon yang mengedar pil kuda.


“Untuk PRU13 yang lalu, sebarang kerjasama tidak diberikan oleh PAS kepada PKR. Kerana itu PAS meletakkan calon-calon di kawasan yang ditandingi PKR (bertindih). Kawan yang khianat sebegini sebenarnya adalah lebih teruk dari lawan ketika berperang”


Ketika ditanya apakah ini tindakan memboikot pakatan rakyat, Sambil berseloroh Haji Yahya mengatakan  bahawa di Terengganu tidak berlaku pakatan di sini. Ini kerana PAS menganggap PKR sebuah parti yang lemah di Terengganu maka PKR dibiarkan begitu sahaja.


“Di Terengganu, walaupun di peringkat pusat dia ada “pakatan” dalam Pakatan Rakyat tapi di Terengganu, semua wartawan pun tahu saya rasa, mereka tidak pernah berpakat. Pas menganggap PKR Terengganu lemah lalu kita di biarkan.


Sepatutnya yang lemah ini di bantu tapi tidak berlaku di Terengganu,  ia hanya berlaku di Pantai Barat.


Apabila Pas berada di satu kawasan yang lemah maka dia perlu satu pakatan yang kuat tetapi di sebelah Pantai Timur, di mana Pas merasakan diri mereka kuat maka mereka tidak perlu pada satu pakatan”


Yahya  berkata  PAS di sini terlalu tamak dan mahu membolot semua kerusi di Terengganu.


Beliau mendedahkan bahawa untuk kerusi Telemong yang sepatutnya PKR meletakkan calon di situ,  Pas telah menghantar 5 memorandum untuk mendapatkan balik kerusi tersebut dari PKR.


Begitu juga di Bandar, PKR telah menerima berbagai tuntutan dari pihak Pas. Keadaan yang sama berlaku di Permaisuri. Beliau menjelaskan bahawa perbincangan terakhir dibuat antara PAS dan PKR dibuat ketika pembahagian kerusi negeri Terengganu.


Sejak itu PKR tidak pernah menerima apa-apa undangan untuk perbincangan perkara berbangkit.


Ketika ditanya apakah masalah dalaman antara PAS dan PKR ketika PRU 13 yang lalu membawa kepada tidak ada kerjasama antara kerdua parti dalam PRK Kuala Besut, beliau secara berseloroh menyatakan “sama-sama fahamlah”.

TAG