Pemuda Pas Gertak Karpal???



Dewan Pemuda Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan yang telah sekian lama dipertahankan.



Ketuanya, Nasruddin Hasan berkata, dalam konteks ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak wajar memberi kata dua kepada parti itu untuk menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.



Jelas beliau, segala masalah atau pertikaian yang timbul sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan dengan rakan-rakan parti dalam pakatan pembangkang.



“Kenyataan Karpal tidak wajar. Kita tidak setuju dengan tindakan itu kerana kalau ada masalah yang tidak jelas, sepatutnya berbincang dengan rakan parti.



“Pas sebagai parti Islam, menghormati Perlembagaan yang kita pertahankan sekian lama,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.



Semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Karpal kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu.



Meskipun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik, namun Karpal dilihat masih tidak berpuas hati selepas menyifatkannya sebagai tidak memadai.



Rang undang-undang itu bertujuan mengelak ‘salah tafsir’ berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Dalam pada itu, Nasruddin menegaskan, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya untuk turut beragama Islam. Utusan sumber



PS: Pemuda Pas cuba nak jadi hero... apa komen Pemuda Pas dengan amanat haji hadi...
TAG