Penyelia ladang dibunuh kejam





Seorang penyelia ladang berusia 27 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman dan kecederaan di bahagian kepala di Felda Sahabat, dekat Lahad Datu hari ini.



Mayat lelaki, yang bekerja di Felda Sahabat sejak 11 bulan lalu itu, dijumpai terbaring di atas jalan di kawasan itu kira-kira 5.15 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan berkenaan.



Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Khiuet Khiun berkata polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun kira-kira 1 tengah hari ini di kawasan Felda Sahabat 7 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Katanya polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai kesan darah pada bahagian tayar dan bawah kenderaan namun pihaknya belum menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu.



sumber
TAG