Petisyen Pas ditolak dengan kos



Kuala Terengganu - Mahkamah hari ini menolak petisyen Pas untuk membatalkan keputusan pilihanraya di Dun Kuala Berang dan Hulu Besut dengan kos.




Pas membuat petisyen ke atas kedua-dua keputusan pilihanraya di kedua-dua Dun berkenaan atas alasan wujud elemen rasuah oleh calon yang menang.





Walaubagaimanapun mahkamah yang bersidang hari ini memutuskan keputusan pilihanraya umum yang lalu bagi Dun Kuala Berang dan Hulu Besut adalah kekal kerana alasan yang dikemukakan tiada asas dan lemah.





Berikutan itu Pas diarahkan membayar kos RM 50 ribu untuk setiap Dun.





Dengan keputusan mahkamah itu kerusi kedua-dua Dun berkenaan kekal milik Barisan Nasional. Untuk rekod kerusi Dun Kuala Berang sekarang disandang oleh Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang manakala kerusi Dun Hulu Besut disandang oleh Encik Nawi bin Mohamad.


TAG