Piya diberi surat tunjuk sebab




Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi berkemungkinan dikenakan tindakan tegas selepas gagal melaporkan diri untuk sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang diadakan sejak semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya.


Pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Mohd. Badhri atau lebih dikenali sebagai ‘Piya’ mendakwa berlaku kelewatan penerbangan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur, semalam namun ia bukanlah alasan kukuh yang boleh diterima.


“Kita (FAM) akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Piya esok dan beliau perlu menjawab surat berkenaan dalam tempoh terdekat.


“Piya akan diberikan peluang untuk memberikan alasan kukuh punca beliau


tidak melaporkan diri…sekiranya alasan itu tidak munasabah, maka kita tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan tegas kepadanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya hari ini.

sumber

TAG