PRK Kuala Besut : Anggota polis putus kaki kemalangan langgar lari




Seorang anggota polis trafik telah cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 petang tadi. Motor yang ditunggang mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan.





Mangsa adalah seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka. Mangsa ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan


Menurut saksi kejadian  pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil  menggunakan talipon. Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa. 





Mangsa tidak sempat mengelak  dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena tembok sekolah.





Mangsa telah dikejarkan ke hospital Jertih. Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus.





Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri. 





TAG