PRK Kuala Besut : Bernazar jalan kaki ke Putrajaya jika BN menang




“SAYA bernazar kerana sokongan saya terhadap Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Berjalan kaki bukan perkara yang mudah dan memerlukan stamina yang tinggi tapi saya telah bersedia, saya yakin saya mampu berjalan dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya dalam masa beberapa hari”





Demikian kata-kata Mohd Noor Bin Mat yang telah bernazar sekiranya BN memenangi pilihanraya kacil dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, beliau akan berjalan kaki dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya seterusnya menyimpan niat untuk bertemu muka dengan Perdana Menteri.





Kini beliau sedang giat berlatih bagi menghadapi perjalanan lebih kurang  563km itu. Setiap petang beliau akan “berjalan itik” sejauh lebih kurang 2km  bagi memantapkan stamina.





“Saya  bukan nak cari penyakit kerana Dun Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional dan kemungkinan besar akan memenangi pilihanraya ini tapi saya tekad untuk  berjalan kerana cinta saya pada parti”





Menurut Mohd Noor lagi,jika Barisan Nasional memenangi Dun Kuala Besut  beliau akan mula berjalan selepas hari raya nanti. Sehingga kini  telah ada  individu yang menaja beberapa helai baju dan sepasang kasut. Klik Sini

TAG