PRK Kuala Besut : Isu Sup Babi di mana suara jabatan agama...




Hari ini pasangan seks Alvin tan dan Vivian Lee "ditemuramah" oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan tindakan tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab telah menghina umat Islam, telah menghina agama Islam dan mereka akan disiasat dibawah peruntukan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia.





Rakyat tidak ingin mempersoalkan apa hukuman yang bakal diterima oleh pasangan tak tahu malu ini tetapi apa yang ingin rakyat utarakan ialah di mana peranan jabatan agama dalam mempertahankan kesucian Islam dan seterusnya dalam menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam.





Apa yang dilakukan oleh pasangan seks " so sial" ini amat menghiris hati umat Islam tatkala seluruh umat Islam sedang melalui ibadah puasa. 





Bukankah soal menjaga kesucian agama Islam di bawah bidang kuasa jabatan agama? Kenapa peranan ini diambil alih oleh SKMM? Adakah hanya kerana medium yang digunakan oleh pasangan "so sial" ini ialah facebook?





Dimanakah peranan mereka yang bertanggungjawab dalam memartabatkan Islam di Malaysia? Apakah fungsi menteri agama yang diberikan amanah untuk menjaga kesucian agama Islam?





Tidakkah dahulu ketika zaman Rasulullah s.a.w jika sekiranya ada orang kafir yang menghina dan mencabar kesucian Islam sudah pasti golongan ini akan diperangi oleh umat Islam. 





Sekarang ini kita masih boleh lagi hanya menjeling mata dengan penghinaan orang-orang kafir yang berterusan menghina Islam. Sampai bila kita harus berlembut dengan mereka ini? Sampai bila kita ingin melihat agama dan umat Islam terus menerus dihina.





Dimana letaknya maruah orang yang dipertanggungjawabkan untuk membela agama Islam? Jika rasa tidak mampu ruang untuk berundur masih luas dan terbuka kerana masih ramai yang layak.





Bukan soal menghina pemimpin, bukan kerana soal politik? Tapi ini adalah soal agama Islam yang semestinya menjadi prioriti kita umat Islam untuk mempertahankannya.





"Provokasi melampau apabila mengucapkan selamat berbuka puasa bertemakan makan sup babi..."

TAG