PRK Kuala Besut : Kenapa Che Long sanggup turun ke Putrajaya demi Husam?




Petikan ucapan Calon Pas yang dimuat naik ke Youtube beberapa hari yang lepas telah membuktikan bahawa Azlan Yusof iaitu calon Pas dalam PRK Kuala Besut lebih utamakan bisnesnya di Kelantan daripada rakyat di Kuala Besut.





Azlan bin Yusof atau nama glamornya Che Long memiliki beberapa pernigaan dan syarikat berdaftar dan antaranya ialah Azlan bin Yusof (Che Long Stor) yang beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kg. Tunjong, Jalan Kuala Krai. (09-7128914).





Apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah mengapa calon Pas ini mempunyai banyak perniagaan besar di Kelantan dan bukannya di Kuala Besut. Sebagai contoh syarikat stor kayunya itu beroperasi di Kelantan dimana boleh dikatakan semua pekerjanya adalah bukan rakyat dari Kuala Besut.





Satu lagi persoalan yang ingin dirungkaikan ialah bagaimana calon Pas ini boleh memiliki syarikat stor kayu yang besarnya amat luar biasa sebagai seorang yang bukan rakyat Kelantan? Adakah ada tangan-tangan ghaib yang membantu? Jika ada siapakah empunya tangan-tangan ghaib itu? Klik Sini











TAG