PRK Kuala Besut : Pas kempen tanpa menjaga sensitivi penduduk



Tindakan jentera kempen Pas yang menyebarkan poster kempen yang menggambarkan seolah-olah penduduk kampung begitu hina kerana tidak mampu memberi barang-barang mewah amat dikesali oleh rakyat terutamanya oleh pengundi di DUN Kuala Besut.



Poster berkenaan di tinggalkan di rumah-rumah penduduk dan ada juga di perhentian bas mahupun di kedai kopi.



“Berkempen cara begitu tidak salah, tapi jagalah sensitiviti penduduk di sini yang rata-rata telah mampu mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik. Poster kempen Pas berkenaan manggambarkan bahawa kami penduduk Kuala Besut begitu miskin dan hina sehingga tidak mampu untuk hidup selesa. Sedangkan kami di bawah kerajaan sedia ada telah banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan.” kata seorang penduduk yang tidak mahu dikenali. Klik Sini
TAG