#PRKKualabesut : Pas cubalah beza antara Jurutera dan Ayah Pin



PAS sedang cuba menyakitkan hati BN dengan memperlecehkan calun yang bakal dikemukakan BN untuk Pilihanraya Kecil Besut. Kata mereka BN akan kemukakan Ayah Pin sebagai calun kerana dia pernah jadi ahli UMNO.



Eloklah kita peringatkan bahawa ugama sesat Ayah Pin bermula dan berkembang di zaman pemerintahan PAS bahwah Haji Hadi sebagai Menteri Besar. Hanya ketika BN ambilalih dan Dato Idris Jusoh menjadi Menteri Besar, baru ugama sesat

itu dikekang.



Ditambah lagi, mereka-mereka yang menjadi peguam kepada pengembang ugama sesat ini seperti guru yang pernah belajar di Azhar, Kamariah dipertahankan oleh peguam-peguam yang kini menyokong PAS seperti Harris Ibrahim.



Calun sebenar BN yang telah diumumkan adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37.



Demikian pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut semalam di hadapan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.



Turut hadhir adalah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen. Tak payahlah buat spekulasi PRK ini adaah pertembungan dalaman antara Mat Said dan Derih.



Tengku Zaihan mempunyai pengalaman luas dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.



Kata Tan Sri Muhyiddin, “Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua.”



Tengku Zaihan adalah anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM).



Dia berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.



Ahli UMNO Cawangan Seri Seratus ini sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.



Apalah PAS ... takkan tak boleh bezakan antara Ayah Pin dan Pengarah JPS. Kalau tak "pandai", takklah namanya PAS yang sentiasa dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.



FIkirkan apa letak hanya SPM Gred 3??



Sumber
TAG