Suami Tekan Klac, Isteri Kawal Stereng



Satu kereta dua pemandu. Ia memang cara pemanduan membahayakan, namun itu yang terpaksa dilakukan sepasang suami isteri setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami seorang daripada mereka.



Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa Idaman, Senai, ke kilang tempat isterinya bekerja.



Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.



Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.



“Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari,” katanya.
TAG