Tolak seks dalam kereta isteri dipukul




Suami durjana, mungkin gelaran paling sesuai untuk seorang suami yang tanpa belas kasihan menumbuk isterinya berkali-kali hingga mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) gara-gara menolak melayan nafsu serakahnya di dalam kereta.


Insiden berlaku sekitar jam 3 pagi kelmarin di luar sebuah kelab malam di kawasan Petanak apabila pasangan tersebut memasuki kereta selepas meninggalkan pusat hiburan tersebut.


Pengawal yang menjaga kawasan luar kelab malam terbabit yang menyaksikan si suami menumbuk isterinya bertubi-tubi, bergegas menyelamatkan wanita malang itu.


Mangsa kemudian di hantar ke HUS untuk mendapatkan rawatan.


Namun, insiden tidak berakhir di situ apabila si suami mengekori dan melemparkan kata-kata kesat selain menampar wanita berkenaan di bilik menunggu hospital.


Pihak polis yang berpangkalan di hospital berjaya menghalang si suami terus bertindak ganas tatkala isterinya dirawat akibat luka-luka di muka.


Sumber memberitahu, si suami yang mabuk naik berang kerana isterinya menolak ajakan melakukan hubungan seks di dalam kereta sejurus keluar dari kelab terbabit.

TAG