Dipecat kerana upload gambar dalam twitter




Niat hanya ingin bergurau, namun apa daya perbuatan yang dilakukan lelaki ini membuatkannya dipecat sebagai pegawai di restoran Burger King di Jepun.





Pemecatan lelaki yang tak disebutkan namanya itu adalah dari tersiarnya gambar di jejaring twitter yang kelihatan lelaki tengah bebaring di atas longgokkan roti burger di lantai dan kelihatan bagaikan sampah.





Gambar itu dimuat naik di jejaring sosial twitter dengan alamat account “@ inotayuta. Ia juga menambah komen, hari itu Burger King tempatnya bekerja sedang banyak pengunjung sehingga membuat dirinya sibuk membuatkan Whopper Juniors.





Lelaki ini juga telah menghapuskan akaun Twitter, yang juga mempunyai foto ketika dirinya duduk di dalam tong sampah di tempat kerja.





Orang-orang di Jepun telah menobatkannya sebagai pekerja “Baka” ( bererti “bodoh” atau “idiot” dalam bahasa Jepun).





Atas tindakan bekas pegawainya itu, pihak Burger King telah menyampaikan permohonan maaf dan menjelaskan bahawa roti-roti yang ada dalam foto sudah dibuang dan dganti yang baru.

TAG