Seorang maut perut terburai di Tumpat

Seorang lelaki maut terkena letupan bom setelah cuba mengalihkan objek yang tidak dapat dikenalpasti dari atas keretanya pagi ini. Kejadian berlaku di Taman Sri Periok, Cabang Empat, Tumpat, Kelantan.


Pada lebih kurang jam 11 pagi ini, mangsa dikatakan ternampak sebuah objek di atas kereta jenis Naza Citra di hadapan rumahnya. Beliau dikatakan telah cuba mengalihkan objek berkenaan dan sebuah letupan kuat berlaku.


Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang berkhidmat di sebuah sekolah berdekatan telah mengalami kecederaan putus kedua-dua belah tangan dengan perut terburai telah meninggal dunia di tempat kejadian.


Unit Forensik, unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan K9 dilaporkan berada di tempat kejadian dan kes masih berada di bawah siasatan polis.

Lihat gambar klik sini


TAG