Pas takut pada bayang-bayang sendiri




Peristiwa jentera Wanita UMNO Marang yang dihalau daripada menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kg. Tualang dua hari lepas telah membuka mata banyak pihak bahawa penyokong Pas di kawasan berkenaan sememangnya takut pada bayang-bayang mereka sendiri.


Sebelum kejadian halau itu berlaku, jentera Wanita berkenaan sempat menziarah tiga buah rumah sebelum mereka didatangi dua orang lelaki tempatan menasihatkan mereka agar beredar dan memanggil semua jentera yang lain untuk keluar dari kampung berkenaan jika tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.


Mengikut Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Hajjah Zaiton binti Mat Amin yang mengetuai jentera kempen berkenaan, pengundi-pengundi di kawasan berkenaan telah disuapkan dengan berita atau maklumat dari sebelah pihak sahaja dan mereka tidak terdedah dengan maklumat daripada pihak kerajaan yang memerintah.


Rata-rata pengundi-pengundi di kawasan Kg. Tualang ini terutamanya penyokong Pas tidak tahu rancangan kerajaan untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya dimomokkan segala agenda kerajaan BN adalah untuk menindas rakyat. Sebagai contoh masih ada yang tidak tahu bahawa pendidikan sekolah di Malaysia adalah percuma. Mereka juga mempertikai peranan PTPTN, mempertikai GST tanpa mereka tahu untuk menilai kebaikan GST kepada rakyat. Segala maklumat yang mereka terima adalah perkara-perkara yang memburukkan kerajaan yang ada. Klik Sini

TAG