Kisah benar Apabila suami bertukar menjadi isteri...





Kisah Teladan Suami Isteri Bertukar Jantina | Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah tetapi dia sering merungut sendirian kerana sudah merasa bosan setiap hari.



Mat pergi kerja sedangkan isterinya iaitu Nab hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.



Satu malam Mat berdoa, ‘Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’.



Tuhan Yang Maha Mengetahui telah memperkenankan permintaan Mat. Pagi besoknya, sebaik sahaja Mat bangun dari tidur, dia sudah jadi seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, berus gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.



Kemudian, Mat bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan. Pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Lepas itu, menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.



Kemudian, panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik sahaja dari sekolah, terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang

dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.



Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.



Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.



Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas tunaikan solat Zohor sebelum tertinggal waktu. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pula solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.



Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur dan macam-macam pastu lagi.



Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Opps, belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa seorang isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai terus tertidur.



Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, ‘Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu, aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’



Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata, ‘Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’



‘Apa???!!! 9 bulan 10 hari??? Aku hamil. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk!!!!



‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.



Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??



‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’



Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Nab terkedu, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya….
TAG