Terengganu rampas tahkta liga



Gergasi pantai timur Terengganu memanfaatkan kelebihan bermain di gelangganng sendiri selepas membenam cabaran pasukan berstatus bintang Johor DT 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Pemain pertahanan dari Cameroon Vincent Bikana muncul wira menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit 16 di separuh masa pertama. Pemain berusia 22 tahun itu bijak menyempurnakan peluang yang terhidang apabila mudah menolak masuk bola di depan gawang JDT. Kemenangan ini membawa Terengganu ke persada liga apabila berkongsi 13 mata dengan Kelantan namun mempunyai jumlah bolos yang kurang berbanding jirannya itu.

Bermain dihadapan lebih 10,000 penyokong fanatik yang memenuhi segenap ruang stadium, skuad Peteh agresif mengempur kubu pelawat sebaik wisel ditiup pengadil. Pasukan tuan rumah hampir berada dihadapan apabila mendapat peluang melalui penyerang Marcio yang dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol JDT Izham Tarmizi namun sepakan yang lemah mudah dibaca oleh pemain kelahiran Marang itu. Babak pertama menyaksikan penguasaan penuh pasukan Penyu yang berjaya mencipta peluang namun ketumpulan penyudah jadi penghalang.









Perlawanan Terengganu dan JDT berlangsung dengan aman tanpa insiden yang tidak diingini.

Bersambung babak kedua menyaksikan permainan yang seimbang antara kedua-dua pasukan dengan perebutan bola banyak berlegar di tengah padang. Bagi pasukan JDT pula tidak bernasib baik apabila dua peluang keemasan terkena tiang disamping kecekapan penjaga gol Terengganu Sharbinee Allawee menafikan percubaan berbahaya pasukan mereka. Dalam pada itu beberapa keputusan pengadil yang kurang adil banyak merencatkan perjalanan perlawanan malam ini serta membangkitkan kemarahan penonton.

Pengendali Terengganu Haji Abdul Rahman Ibrahim jelas berpuas hati anak buahnya berjaya mengutip tiga mata berharga namun terkilan aksi di separuh masa kedua yang kurang menyengat jika dibandingkan dengan separuh masa pertama yang lebih bertenaga. Satu lagi wakil T-Team terus dihantui kekalahan apabila tewas kepada PKNS 1-3 di Stadium Selayang kelmarin.-Terengganu Today
TAG