MalaysiaKini dan tabiat kepala unta..

Pejabat Malaysiakini yang terletak di Bangsar Utama, Kuala Lumpur di simbah cat merah, Februari lalu. SETIAP kali apabila kita meletakkan ...



Pejabat Malaysiakini yang terletak di Bangsar Utama, Kuala Lumpur di simbah cat merah, Februari lalu.

SETIAP kali apabila kita meletakkan kenderaan di mana-mana kawasan termasuk bangunan, pihak pengurusan bangunan atau kawasan tersebut akan memaparkan notis mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang berlaku kepada kenderaan berkenaan.


Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pihak pengurusan mengamalkan sikap lepas tangan, mereka tetap berusaha melakukan langkah pencegahan termasuklah menempatkan pengawal keselamatan tetapi kalaulah sesuatu kejadian hendak berlaku juga ia sudah tentulah di luar kawalan.


Tetapi sekurang-kurangnya langkah pencegahan dilakukan dan bukannya hanya mahu mengaut keuntungan melalui bayaran parkir sahaja.


Namun kalau mengkaji sikap Malaysiakini, moral dan martabat mereka tidak setaraf dengan pengurusan tempat parkir kenderaan.


Mereka mewujudkan ruangan untuk pembaca portal berita propembangkang itu memberi sebarang ulasan atau komen tanpa kawalan. Untuk melepaskan diri, Malaysiakini meletakkan notis bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang disiarkan.


Lebih menarik lagi Malaysiakini menggunakan istilah ‘di laman sosial ‘ ini. Apabila istilah itu digunakan ia sudah tentu memberi pemahaman kepada kita bahawa pembaca boleh komen apa sahaja tanpa batas.


Sama ada komen itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat atau negara, itu soal kedua tetapi demikianlah kebebasan yang kononnya ingin dipaparkan oleh Malaysiakini.


Jika Malaysiakini benar-benar bertanggungjawab, mereka juga akan mencontohi pihak pengurusan tempat parkir, walaupun tidak akan bertanggungjawab kepada kenderaan yang diletakkan di kawasan seliaan, mereka namun langkah-langkah pencegahan tetap dilakukan.


Tetapi ini tidak dilakukan oleh Malaysiakini kerana sebagai portal berita yang mengamalkan kewartawanan zaman batu atau mungkin juga hukum rimba dengan membenarkan orang berkata apa sahaja terhadap sesuatu berita, Malaysiakini sememangnya tidak mahu bertanggungjawab apatah lagi berusaha mengawal sesuatu pandangan atau komen supaya ia tidak memudaratkan mana-mana pihak.


Malaysiakini begitu gembira apabila komen-komen negatif terhadap ‘musuh mereka’ diterima bertubi-tubi. Tetapi jika ada komen positif sudah pasti sampai kiamat pun belum tentu Malaysiakini akan menyiarkan. Itu pun Malaysiakini masih mahu mendabik dada kononnya mereka mengamalkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.


Kebebasan bersuara hanya layak untuk kelompok yang memihak kepada mereka sahaja, kalau kebebasan bersuara itu menghentam mereka sudah pasti ia disenyapkan dengan seribu satu alasan.


Jika benar Malaysiakini mengamalkan kewartawanan tulen maka mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menapis terlebih dahulu apa juga komen yang mereka fikirkan tidak sesuai disiarkan.


Tetapi ini bukanlah perkiraan Malaysiakini kerana dalam agenda kewartawanan Malaysiakini bukannya mahu mengamalkan kewartawanan yang profesional tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen yang kadang kala pasti mengenepikan rasional.


Dengan berselindung di sebalik istilah ‘Malaysiakini tidak akan bertanggungjawab’ dan ‘laman sosial’, Malaysiakini tidak boleh melenting jika mereka dianggap berbuat demikian untuk melakukan serangan kepada mana-mana pihak yang mereka tidak senangi termasuklah kerajaan Barisan Nasional (BN).


Baca dan kajilah komen-komen yang disiarkan oleh Malaysiakini, ia cukup memualkan dan mampu mewujudkan ketegangan kepada mana-mana pihak. Itupun Malaysiakini masih tergamak untuk membiarkan pembacanya menuduh media lain melakukan laporan sampah sedangkan mereka sendiri menyiarkan komen-komen bertaraf sedemikian.


Malaysiakini berbuat demikian kerana mereka begitu galak untuk melondeh atau memperlekehkan mana-mana juga pihak termasuklah media yang tidak sehaluan dengan mereka tetapi jauh sekali mahu mengkaji apatah bermuhasabah untuk mengubah corak kewartawanan yang diamalkan.


Sememangnya tidak sesiapa boleh berhak memaksa Malaysiakini untuk menyebelahi mana-mana pihak walaupun semua orang tahu bahawa portal berita itu ‘amat-amat’ cenderung pembangkang tetapi apa yang orang ingin lihat ialah sikap bertanggungjawab dalam menyiarkan berita atau komen-komen dalam portal berita itu, bukannya menyiarkan keseluruhannya tanpa tapisan yang kadang kala komen tersebut bukan lagi bertaraf sampah malah sudah sama taraf dengan ‘air kumbahan’.


Keadaan itu berlaku kerana Malaysiakini membuka laluan dengan mengiktiraf komen-komen pembaca sebagai ruangan ‘laman sosial’, apabila disebut sahaja ‘laman sosial’ ia samalah tarafnya dengan akaun facebook atau twitter yang pemilik akaunnya tidak mempunyai sebarang rasa tanggungjawab atau memikirkan apa juga risiko terhadap apa yang dipaparkan di laman itu.


Kalau begitulah keadaannya, bagaimana mungkin Malaysiakini mahu mendakwa mereka mengamalkan sikap bertanggungjawab. Apabila sesuatu media atau portal berita untuk menganggap sesuatu ruang yang mereka wujudkan bertaraf laman sosial dan disertakan pula dengan notis tidak akan bertanggungjawab jelaslah sememangnya mereka bukanlah golongan bertanggungjawab.


Penulis tidak mahu terlalu banyak mempersoalkan apakah agenda di sebalik kewujudan Malaysiakini tetapi apa yang pasti kecenderungan mereka melaporkan sesuatu berita dan menyiarkan komen tanpa batasan sudah boleh memberikan gambaran agenda sebenar portal berita itu.


Sebenarnya, Malaysiakini boleh terus berbuat demikian dengan tidak mahu bertanggungjawab terhadap sesuatu komen oleh pembacanya jika ia merasakan boleh menaikkan imej portal berita itu tetapi sikap Malaysiakini tidak ubah seperti kepala unta yang boleh melihat sekeliling tetapi badan sendiri tidak dilihatnya. -utusan


COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: MalaysiaKini dan tabiat kepala unta..
MalaysiaKini dan tabiat kepala unta..
http://lh5.ggpht.com/-7JLBZ_tyQI4/U0if-v0edUI/AAAAAAAAB9Y/OTsP9lrGWEo/s640/re_01.1.jpg
http://lh5.ggpht.com/-7JLBZ_tyQI4/U0if-v0edUI/AAAAAAAAB9Y/OTsP9lrGWEo/s72-c/re_01.1.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/04/malaysiakini-dan-tabiat-kepala-unta.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/04/malaysiakini-dan-tabiat-kepala-unta.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy