ANWAR IBRAHIM TUDUH UMNO YANG BUAT KACAU... BUKTINYA TV3 BERJAYA RAKAM AKSI KEKECOHAN!!!








Begitulah kalau sudah terdesak. Berbanding mengaku salah dan gagal menguruskan parti dengan baik, Anwar Ibrahim mencari-cari kesalahan orang lain untuk dituding dan kemudian berlepas diri.



Semalam, berita tentang kekecohan proses pemilihan PKR di Selangor yang merupakan negeri terakhir membuat pengundian dan pemilihan, telah disiarkan oleh media massa dan elektronik secara meluas. Tumpuan sudah tentulah kepada TV3 memandangkan TV3 adalah syarikat penyiaran yang saham-sahamnya dikuasai dan dimiliki oleh UMNO. Namun, tidak sahaja TV3, bahkan beberapa rangkaian televisyen yang lain turut menyiarkan kekecohan tersebut.



Anwar Ibrahim yang sudah pun melarikan diri ke luar negara bagi mengelak malu, segera menuding jari ke arah UMNO apabila pendedahan tersebut dibuat. Menurutnya, terdapat 'ASAS KUKUH' pembabitan UMNO dalam semua kekecohan tersebut. Bukti yang diberikannya ialah KEHADIRAN WARTAWAN PENYIAR TV3 di lokasi kejadian.



Hanya kerana disiarkan, maka kesimpulan mudah yang dibuat ialah, semua kekecohan tersebut diatur.



Sebelum ini, para penyokong PKR menuduh polis yang merancang semua kekecohan tersebut menerusi penyusupan anggota-anggota Cawangan Khas bagi memburuk-burukkan PKR. Namun seperti biasa, tiada bukti yang ditampilkan, sebaliknya sekadar tuduhan-tuduhan rambang.







Kekecohan sebenarnya bukanlah bermula di Selangor sahaja. Bahkan meluas di seluruh Malaysia. Sabah mencatatkan kekecohan besar sehinggakan Ansari Abdullah yang merupakan antara penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pernah menjadi calon PRU dan PRK Batu Sapi, digantung keahlian kerana mempersoalkan ketelusan JPP selain mendedahkan tentang penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan puak-puak yang menyokong Lakim Ujim.



Barangkali Anwar Ibrahim yang sedang mencipta skrip baru membabitkan sokongan dif-dif kehormat antarabangsa dalam isu liwat dan hukuman penjaranya, tidak mampu berfikir lagi sehinggakan kebijaksanaannya menipu dan memberikan alasan, terpaksa ditutup dengan alasan yang sebegitu bodoh.



Sebelum ini, Anwar Ibrahim menyatakan, kekecohan tersebut adalah perkara biasa, memandangkan terdapat ramai ahli-ahli PKR yang belum faham tentang REFORMASI dan sedang menyesuaikan diri dengan sistem pemilihan PKR yang sangat canggih itu!!!
TAG