Berita tak elok dari Felda

 Usaha Sabotaj Projek Sentuhan Kasih Felda


Belum pun seminggu program Sentuhan Kasih peneroka Felda dilancarkan Oleh Perdana Menteri, dato Sri Mohd Najib Tun Razak, telah muncul usaha untuk mensabotaj dan menggagalkan projek ini.


Felda mengesan terdapat pihak yang mahu menggagalkan usaha ini telah mengedarkan borang-borang permohonan bagi program perumahan generasi baharu Felda ini. Tindakan ini bertujuan mengelirukan anak-anak peneroka seolah-olah mereka telah memohon melalui borang palsu tersebut dan tidak lagi memohon melalui borang sebenar apabila dikeluarkan nanti.


Selain itu, tujuan pengeluaran borang dan pendaftaran awal oleh pihak ketiga ini bertujuan menimbulkan syak wasangka dan tanggapan negatif di kalangan keluarga peneroka terhadap felda dan kerajaan apabila mereka tidak terpilih nanti.


Berikut ialah kenyataan FELDA:


FELDA menegaskan tidak pernah melantik mana-mana agensi ataupun NGO untuk mewakili pihak FELDA dalam sebarang permohonan perumahan bagi generasi baharu FELDA.


Perkara ini tersebar, mungkin kerana FELDA baharu sahaja melancarkan projek Sentuhan Kasih yang baru-baru ini telah berlangsung di Tenggaroh 3, Johor Baharu.


Tidak dinafikan bahawa FELDA sedang melaksanakan beberapa projek perumahan seperti Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dan Sentuhan Kasih FELDA. Borang Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dan Sentuhan Kasih hanya boleh didapati di rancangan tersebut dan akan dikeluarkan sesudah projek tersebut siap. Setiap permohonan untuk perumahan ini akan melalui saringan dan Jawatankuasa Penapisan yang telah ditetapkan oleh Felda.


Sehubungan dengan itu, sebarang pertanyaan berkaitan Sentuhan Kasih dan PGBF perlu diajukan pada FELDA dan bukan daripada mana-mana pihak mahupun NGO yang tidak dilantik oleh FELDA untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.


TAG