Seorang maut gas bocor di Kerteh

Chukai: Seorang pekerja maut manakala tiga rakannya mengalami sesak nafas selepas terkena gas bocor ketika sedang membaik pulih paip gas di loji gas Petronas di Kertih, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa, Muhammad Firdaus Hassan, 26, bersama tiga rakannya rebah di lantai sebaik terkena semburan gas yang bocor itu.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa yang cedera di muka dan leher itu meninggal dunia di tempat kejadian.


“Mangsa dibawa keluar dari kawasan loji berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi selepas melepasi beberapa kawalan keselamatan pihak Petronas sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.


“Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Dungun itu dituntut ibu bapanya kira-kira jam 9.00 pagi untuk urusan pengebumian,” katanya.


TAG