TPM Muhyiddin letak jawatan? Ini kisahnya...

Usah menjadi petualang UMNO


Setelah saya meneliti isu yang dicetuskan oleh Zaharin Mat Yassin Sang Kelembai maka saya temui jawapan akan mengapa dia mengeluarkan berita mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri berundur dan di gantikan dengan Dato Sri Hishammuddin Hussein.


Bukan Sang Kelembai seorang tapi ada partner dalam mewujudkan cerita agar kepimpinan UMNO terus bertelagah dah dalam masa itu akan ada yang mengambil kesempatan diatas pertelagahan tersebut menangguk di air yang keruh.


Bukan baru game yang dilakukan ini malah sudah banyak tahun dilakukan Zaharin Mat Yassin dan Shahabudin  ini agar memastikan Najib Razak bergaduh dengan Muhyiddin Yassin dan rencahnya adalah Hishammuddin. Game yang telah diulang ulang sejak tahun 2008 lagi.


Ini contoh yang tidak sihat kepada parti UMNO kerana perancangan sebegini bukan menguatkan parti tetapi melemahkan parti dan menyebabkan ahli parti bertelagah sesama sendiri yang menguntungkan pihak pakatan Pembangkang.


Lihat sahaja semalam apabila Keadilan Daily sebuah portal pembangkang milik Anwar Ibrahim mengeluarkan berita yang dipetik dari kenyataan Zaharin Mat Yassin. Ianya menjadi sebaran bukan sahaja kepada ahli UMNO malah telah menyebabkan rakyat diatas pagar memandang serius akan perkabaran palsu yang dilakukan oleh mereka berdua ini.


Kerja kerja gila sebegini harus diberhentikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap sepertimana Zaharin dan Shahabudin lakukan. Apa yang dilakukan mereka adalah keji kerana bukan membantu UMNO sebaliknya memecah belahkan parti UMNO.


Azri Malay Rights


TAG