Surat terbuka buat Zahid Hamidi

SURAT TERBUKA BUAT DATO' SERI DR AHMAD

ZAHID HAMIDI.

Salam Dato' Seri yang sedang mengerjakan

umrah di Makkah. Doakan tenang dalam

pengabdian pada Tuhan yang Pengasih dan

Penyayang.

Dulu dulu, 25 tahun dahulu, saya panggil

Dato' Seri abang. Itu dulu. DS juga selalu kata

saya anak didik DS. Itu dulu. Hari ini saya

tidak mahu cakap soal dulu.

Saya pun sudah lama tidak jumpa DS. Saya

orang kecil dikampong. DS orang bergelar di

Putrajaya. Namun hari ini, saya

memberanikan diri menulis dalam alam maya

ini buat DS. Doa saya ada angin bayu lembut

bertiup menyampaikan pada DS.

Dato' Seri yang saya sanjung budi.

Dulu dulu Dato' Seri kata, apabila hati yang

berkata, hati jua yang mendengar. Apabila

mulut yang berkata, hanya telinga yang

mendengar. Ini hati yang berkata, Dato' Seri.

Saya dengar Kiki didakwa. Itu undang undang

namanya. Kiki didakwa sebab dia pembuli

jalanraya. Bagaimana pula dengan mereka

yang lain. Ada manusia pecah kereta polis.

Ada manusia carutannya lebih sedakkk

didengar. Ada orang cabar terbuka bawa ke

mari peristiwa 13 Mei ke Pulau Pinang.

Banyak lagi Dato' Seri.

Ada orang pakai baju ada kalimah dari Al

Quran. Kenapa kita diam Dato' Seri. Apakah

kita sudah lemah tidak boleh bernyawa.

Uncle Sim baik pada pandangan manusia. Kiki

jahat. Jahat pada babak yang diambil itu

Dato' Seri.

"Menurut cerita, sebaik saja kereta Pegeot

Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim,

Kiki terus keluar dalam keadaan amat kecewa

sebelum bergegas mendapatkan uncle Sim yg

masih berada di dlm kereta. Hampir seminit

Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bgi

menyuruh uncle tersebut keluar..

Sebaliknye uncle itu hnya menurunkan

cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi

cincai lorh". Kiki yg tidak puas hati terus

ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat.

Sebaliknye uncle tersebut mengeluarkan not

rm50 dan paksa Kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dgn tindakan uncle yg

tak sporting tu, Kiki terus mengambil lock

stereng dan mengetuk kereta terbabit.

Tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan

uncle Sim. Lepas itu Kiki bagaikan dirasuk

dengan nafsu Amarah diri.

Pada mulanya mahu uncle Sim keluar. Sebaik

saja uncle keluar.. Kiki terus merampas kunci

kenderaan toyota terbabit. Uncle yg terkejut

dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas

cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".

Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal

bila Kiki mengamuk. Hal yg sebenarnya Kiki

mengamuk bukanlah sebab kenderaannya

dilanggar sebaliknye tindakan celupar uncle

tersebut menghina bangsa melayu.

Apa yg berlaku, Kiki berterusan dihina. Malah

ada ugutan utk merogol beliau. Ini yg pihak

media sendiri tidak mahu siarkan. Cukuplah

kita berterusan memuji uncle Sim dan

menghina Kiki"

Usah gergaji habuk gergaji. Itu kata Dato'

Seri pada saya dahulu. Sekarang saya mahu

ulang kata ini pada Dato' Seri. Kita

menghukum biar berpada. Hukumlah Kiki

sebab dia pembuli jalanan. Soal kita, bilakah

pula pembuli seniman mahu dihukum.

Negara ini akan hancur berantakan apabila

segala yang viral dalam FB kita jadikan

sandaran. Semua orang harus duduk dalam

rumah. Diluar sana kamera hp sedia

merakam.

Padang jarak padang terkukurkah kita?

Izinkan saya memanggil Dato' Seri seperti

dulu dulu. "Abang Zahid, lakukan sesuatu.

Pada Abang kami sandarkan harapan

kepimpinan"

Roslan Ab Hamid.

20 Julai, 2014.


TAG