ADUN Morib Cabar PAS Ambil Tindakan, Sebelum Dedah Semua Aib





Assalamualaikum.

Tindakan PAS sengaja utk melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10/8 sengaja ditunda ke 13/8 dan ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju.

Tapi PAS terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut utk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong Pakatan Rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Inikah parti Islam yg kita agung-agungkan? Kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor. Jauh beza keadaannya. Kita mesti mengambilaa hati pengundi khasnya bangsa Cina.

Macam mana Exco yg bersekongkol dengan MB Bebas gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala’ dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat dan kuat berfoya-foya. Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan TSKI sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya PAS Selangor tu?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan PAS dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR. Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan PAS Selangor.

Hasnul Bin Baharuddin ADUN Morib
TAG