Anwar Ibrahim amal nepotisme Rampas Kuasa - Hishammuddin Hussein


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat seorang individu yang memiliki sifat nepotisme ekoran Anwar mencalonkan isterinya yang juga memegang jawatan sebagai Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn berkata, tindakan tersebut jelas membuktikan Anwar memiliki sifat nepotisme telah kembali ke diri beliau sendiri selepas sebelum ini yang menuduh UMNO mengamalkan budaya itu.


"Nasib Menteri Besar Selangor pun tidak menentu lagi. Dialah yang mengatakan kita (UMNO) nepotisme, menyalahgunakan kuasa, korupsi, dan tidak bersatu padu.


"Pada waktu ini, dia mahukan isterinya untuk menjadi Menteri Besar. Tidakkah itu nepotisme?,"



Anwar Seorang Bersifat Nepotisme

http://youtu.be/W98h812gZvY


TAG