Denda RM200 jika melancap dalam CC




Antara tempat yang sebilangan ibu bapa paling marah anak-anak mereka pergi adalah kafe siber (CC) atas tujuan bermain game.


Tapi kalaulah ibu bapa melihat tanda larangan yang dilekatkan di pintu CC ini, tak pasti apa perasaan mereka. Rasanya memang haramkan terus anak pergi sana kot!


Bahasa digunakan memang direct habis tapi kami percaya kalau tak ada angin takkanlah pokok boleh bergoyang. Ini mesti dah ada kes sangap sampai dalam CC pun tergamak layan nafsu pernah kantoi di sana.


Kalau dilihat pada jumlah denda dikenakan iaitu RM200, nyata ini adalah amaran yang amat keras.


Apa pun kalau tanya pendapat kami, sebahagian CC pada hari ini memang tak sesuai dijejaki kanak-kanak sebab di situ juga terdapat orang dewasa yang menghabiskan masa berjudi dan melayari laman bukan-bukan.


SUMBER: MYNEWSHUB




TAG