Hafifi terlepas aksi di Incheon










Badang Negara Mohd Hafifi Mansor mengesahkan bahawa beliau
tidak akan menyertai Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan yang dijadualkan
berlangsung dari 18 September sehingga 4 Oktober 2014 kerana kecederaan di
peha.





“Hari Selasa saya ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah MSN
memaklumkan akan kecederaan yang saya alami memandangkan tarikh Sukan Asia
terlalu hampir dan saya dinasihatkan untuk berehat dahulu di sini (kampung)
selama dua minggu sebelum menjalani proses pemulihan di MSN,” katanya kepada
media di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Sukan Negeri
Terengganu.





Hafifi memaklumkan bahawa kecederaan di peha tersebut telah
dialami sebelum Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland iaitu ketika menjalani
latihan di Indonesia.





“Sebab itu ketika Sukan Komenwel, saya hanya mampu
mengangkat jumlah angkatan 305kg sedangkan ketika latihan saya biasanya
mengangkat antara 320kg hinga 325kg. Jadi untuk mengelakkan kecederaan lebih
besar saya dinasihatkan untuk tidak menyertai sukan Asia,” katanya lagi.







“Walaupun agak terkilan kerana tidak menyertai Sukan Asia tetapi
saya terpaksa membuat keputusan sebegini agar saya benar-benar bersedia untuk
menghadapi kejohanan dunia di Kazakhtan November ini,” ujarnya.

TAG