JAWAPAN TUN M BUAT MACAI PAKATAN TERDIAM!!!





Heh!!! Tak salah bagi orang lama macam Tun nak tegur sesiapa pun. Setakat tegur untuk kebaikkan, apa salahnya? Takkan itu pun boleh dianggap berdosa?



Hari ini, Tun Mahathir tampil dengan memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan. Kalau kita baca komen Tun dalam blog dia tu pun tak de yang salah.



Jadi, kenapa puak - puak Macai Pakatan nak meroyan macam orang hilang akal tak tentu arah bila Tun tegur Datuk Seri Najib? Tak de salah pun dia nak tegur Perdana Menteri.



Dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib pun seorang yang berjiwa besar. Boleh terima teguran dari orang lain secara terbuka. Bukan setakat teguran dari Tun je.



Tak de la macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Baru tegur sikit dah melenting tak tentu arah. Siap ada pulak yang kata, "kalau u ulang, i saman u pulak".



Itu lansung jenis yang tak boleh ditegur tu. Cakap je diorang memperjuangkan suara rakyat. Tapi, bila rakyat bersuara, diorang peduli pun tidak. Yang diorang pentingkan hanya kemahuan peribadi bagi memenuhi nafsu serakah Politik diri sendiri!!!



 KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.



"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.



"Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini, Isnin.



Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.





Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.





TAG