Kisah cinta dua negara terungkai

RAMAI yang menghubungi penulis bertanyakan bila hendak ke Pulau Natuna, berikutan pendedahan penulis tentang hubungan kepulauan itu denga...





RAMAI yang menghubungi penulis bertanyakan bila hendak ke Pulau Natuna, berikutan pendedahan penulis tentang hubungan kepulauan itu dengan Terengganu. Malah ada yang mahu ikut serta untuk ke sana.







Memang ramai yang berminat mengikuti kisah benar tentang Pulau Natuna yang terletak di Laut China Selatan betul-betul bersetentang dengan bandar Chukai, Kemaman Terengganu.







Penulis ingin membongkar lagi  kisah cinta Teni binti Abdul Manan, berusia 49 tahun  seorang keturunan Natuna dengan lelaki Chukai Kemaman. (satu kisah dari banyak lagi kisah percintaan dan perkahwinan gadis Natuna dengan orang Kemaman).







Kini gadis bernama Teni itu telah pun menjadi seorang nenek  dan tinggal di Chukai Kemaman- tidak ramai yang mengetahuinya.







Teni dari  Kepulauan Natuna yang kini menetap di Chukai berasa amat bahagia bersuamikan orang Kemaman.







Masih kejap dalam memorinya,  kira-kira 34 tahun yang lalu datang ke Chukai Kemaman, menaiki bot nelayan dari Terengganu untuk mencari penghidupan baru.

Biarpun terpaksa mengharungi badai gelombang di tengah lautan, dia yang baru berusia 15 tahun waktu itu nekad bahawa di hujung sana ada negeri lain yang boleh memberi suatu sinar baru bagi kehidupannya yang sunyi di pulau yang bersetentangan bandar Chukai Kemaman di tengah-tengah Laut China Selatan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.



Namun, pulau tempat asalnya itu, Seluan (antara pulau yang terdapat dalam gugusan Natuna) adalah di bawah jajahan takluk Indonesia, meskipun hatinya begitu mencintai Malaysia dan sebuah negeri yang bernama Terengganu.



Kini cintanya kepada Terengganu, Malaysia menjadi kenyataan apabila bersuamikan Kamaruzan awal 50 an, orang Kemaman Terengganu.

Cintanya kepada Kamaruzan adalah cintanya juga kepada Terengganu, malah beliau sebelum ini beberapa kali sanggup 48 jam bertarung dengan gelombang di lautan demi kasih sayangnya pada Kamaruzan lelaki Kemaman yang berjaya mencuri  hatinya.

Zuriat pertama yang dilahirkan hasil percintaan suci Teni-Kamaruzan diberi nama Deby Marindo (kini menetap di Shah Alam).

Deby yang kini telah berusia 27 tahun dilahirkan di kampung halaman ibunya, Teni di Pulau Seluan, Natuna.



Ini kerana sebaik sahaja mengandung tiga bulan, Teni menjadi terlalu rindu kepada orang tuanya di pulau Seluang, Natuna, lantas pulang ke sana dengan menumpang bot nelayan di Chukai Kemaman.







Sewaktu itu ibubapa yang kebetulan dari ke Kemaman dari Natuna turut menemani Teni pulang sementara ke Natuna.



Mereka ke Seluan, Natuna menumpang bot nelayan Kemaman dengan harapan suaminya datang mengambilnya kembali setelah pulang untuk melawat kampung asalnya.

(Sebelum itu ayah dan ibu yang rindukan anaknya Teni itu sanggup datang ke Chukai, juga dengan menumpang bot nelayan).



Akhirnya dia melahirkan anak sulung, yang dinamakan Deby itu tanpa suami di sini. Dua tahun kepulangannya semula ke Pulau Seluan Natuna, itu tanpa khabar berita tentang suaminya.

“Bagi Teni, Teni fikir sebenarnya sudah berpisah, tiada harapan lagi dan biarlah Teni kembali bersendiri bersama anak hasil perkahwinan sahnya dengan Kamaruzan,” katanya mengenang peristiwa pilu dalam hidupnya yang lalu itu.

Tanpa di duga, suatu hari dia menerima sepucuk surat yang disampaikan oleh seorang nelayan Kemaman yang datang ke pulau itu yang kebetulan kawan suaminya dengan disertakan lukisan wajah berairmata, yakni orang dalam kesedihan dan derita.

Lalu dia berpesan kepada kawan suaminya itu, bahawa dia juga masih mencintai dan mengingati suaminya dan menunggu biarpun berapa lama sekalipun.

Kawan kepada suaminya itu kembali ke Kemaman membawa khabar itu kepada Kamaruzan, suami Teni  yang berada di Chukai Kemaman.

Lantas Kamaruzan mengambil keputusan nekad menaiki bot nelayan dari Kemaman itu terus ke pulau Seluan, Natuna untuk membawa pulang kembali Teni ke Chukai Kemaman, termasuklah anak mereka,  Deby Marindo yang dilahirkan oleh Teni di pulau itu.



Teni yang pernah bekerja di Kampung Air, Kemaman kini bersama Kamaruzan dan anak serta cucunya begitu bahagia sekali.

Teni ketika ditemubual penulis  yang membongkarkan hubungan Kepulauan Natuna dengan nelayan Kemaman ini menyatakan, baginya Natuna dan Terengganu adalah sebahagian dari sejarah kehidupannya.

Kisah cinta suci ini penulis abadikan bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan penduduk Chukai, Kemaman, khususnya nelayan dengan kepulauan itu.



Hubungan dua tempat yang berlainan pemerintah itu adalah suatu kenyataan bukannya fantasi.



Hubungan cinta Teni dan Kamaruzan juga adalah suatu realiti; bukti Natuta dan Terengganu yang termaktub dalam sejarahnya.



Semoga mendapat pertimbangan untuk penulis ke sana, meneruskan kajian.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Kisah cinta dua negara terungkai
Kisah cinta dua negara terungkai
http://2.bp.blogspot.com/-IKa3M9zF8qc/U_xH1gzoNCI/AAAAAAAAEuc/Is_e58ggAE4/s1600/TENI.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-IKa3M9zF8qc/U_xH1gzoNCI/AAAAAAAAEuc/Is_e58ggAE4/s72-c/TENI.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/08/kisah-cinta-dua-negara-terungkai.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2014/08/kisah-cinta-dua-negara-terungkai.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy